Program Lonjakan Akademik Sekolah Kurang Murid (SKM) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah dijalankan di hotel Airport View selama tiga hari dari 6 sehingga 8 julai.
Sebanyak enam slot dimasukkan ke dalam aktiviti selama tiga hari merangkumi bengkel Teknik menjawap soalan bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris Comprehension, Bahasa Inggeris composition, Matematik dan sains.
Pengurusan tertinggi juga turun padang pada 6 julai iaitu Encik Mojuntin Ebin dalam memberi motivasi kepada murid-murid.
Sebanyak enam sekolah telah mendaftar untuk mengikuti program ini, iaitu: Sk. Togudon, Sk. Putaton, Sk. Kipovo, Sk Terian, Sk. Buayan dan Sk. Longkogungon.
Diharap program ini akan berjaya melonjakan KPI setiap sekolah yang berjaya mengikuti program ini dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment